INFO


Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.

Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.

Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.

Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.

Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.

Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

Siaran Orang Asli ditubuhkan pada 3 Februari 1959, beroperasi di Radio Malaya Bangunan Persekutuan (Federal House) Kuala Lumpur.  Siaran dipancarkan melalui gelombang pendek kebangsaan 49 meter atau 6025 khz selama setengah jam mulai jam 3.00 petang hingga 3.30 petang setiap hari.  Bahasa yang digunakan ialah dalam dialek Semai dan Temiar.  Pemilihan dalam dua dialek tersebut berdasarkan ketika itu Semai dan Temiar merupakan  suku kaum yang terbesar di kalangan 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman Hulu Pahang, Perak dan Kelantan.  Perintis Siaran Orang Asli ialah Bah Daniel, Ading Kerah dan Long Rais.  

Pada 1 April 2001, Siaran Orang Asli telah menambah dua lagi Dialek iaitu Jakun dan Temuan.  Perkembangan ini mendapat sokongan padu daripada Pemimpin masyarakat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.  Sebagai satu-satunya media penyiaran khas untuk masyarakat Orang Asli, unit ini sentiasa berusaha menambahbaik produk-produk rancangan yang disiarkan demi merealisasikan hasrat kerajaan mempercepatkan proses integrasi nasional.

Tanggal 1 April 2005 sempena RTM menyambung ulang tahunnya yang ke 59 sekali lagi tercatat dalam sejarah penyiaran negara apabila penjenamaan semula radio dilancarkan yang melibatkan perubahan kepada 32 stesen RTM termasuklah Radio 7 Unit Siaran Orang Asli yang sekarang dikenali sebagai ASYIKfm 

ASYIKfm menempa sejarah sekali lagi dengan menambah  waktu siaran selama 5 jam menjadikan siaran ini beroperasi selama 14 jam sehari mulai 1 Januari 2007.   Buat pertama kalinya dalam sejarah ASYIKfm bersiaran pada waktu pagi iaitu dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Mulai 22 Januari 2011  ASYIKfm menambah frekuensi 95.6 Mhz untuk pendengar di Johor menikmati siaran ini.

Pada 31 Ogos 2011 ASYIKfm menambah waktu siarannya kepada 15 jam apabila penutupan siaran gelombang pendek bagi stesen Suara Islam dan lain-lain siaran Suara Malaysia.

Klik pada jadual untuk melihat paparan penuh.

Operasi harian SelangorFM dikendalikan oleh 3 bahagian iaitu Bahagian Rancangan, Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

i) Bahagian Rancangan
Bahagian ini mengendalikan semua urusan siaran dan penerbitan rancangan SelangorFM. Selain mengatur kandungan siaran SelangorFM, bahagian ini bertanggungjawab untuk liputan berita dan penyiaran berita radio SelangorFM.

ii) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Bahagian ini bertanggungjawab untuk kendalian semua urusan pentabiran dan kewangan Jabatan Penyiaran Selangor termasuk urusan pengangkutan.

ii) Bahagian Kejuruteraan
Bahagian Kejuruteraan hanya dianggotai oleh 1 orang Penolong Jurutera J36 untuk menyelaras semua urusan khidmat teknikal khususnya bila melibatkan kerja-kerja liputan luar termasuk program "Radio Di Lokasi"

Sila klik pautan direktori untuk maklumat lanjut.