Yang di-Pertuan Agong Titahkan Semua Pihak Sokong Usaha Membaik Pulih Persefahaman Kebangsaan

Kuala Lumpur - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.


Dalam titah itu, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.

Read more...

Jangan Terlibat Tindakan Cemar Institusi Raja Berperlembagaan

Kuala Lumpur - Umat Islam diingatkan supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat atau mencemar institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebaliknya, umat Islam dan rakyat Malaysia perlu bersatu padu dengan menjunjung institusi Raja berperlembagaan bagi mengekalkan suasana aman damai.

Read more...

Pengurangan Harga Kereta Akan Dibuat Secara Berperingkat Sehingga 2017

Kuala Lumpur - Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Read more...

Kementerian Pendidikan Tekad Sedia Peluang Pendidikan Berkualiti Kepada Semua

Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan bertekad menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti kepada anak bangsa tanpa mengira kaum dan agama, sama ada di bandar atau luar bandar, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata dalam usaha mencapai status negara maju, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada agenda pendidikan demi menjana modal insan masa depan.

Read more...

Subcategories