Jangan Heret Institusi Raja Dengan Emosi Tidak Terkawal - Raja Perlis

Kuala Lumpur -  Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail hari ini meminta rakyat agar tidak mengheret institusi Raja dengan emosi yang tidak terkawal demi memuaskan hati sesetengah pihak.

 

Titah baginda institusi Raja sedikit sebanyak turut terpalit dengan pelbagai provokasi apabila wujudnya beberapa isu sensitif yang mencabar kedaulatan dan perundangan negara mutakhir ini.

Justeru, titahnya, sebarang percubaan melibatkan institusi berkenaan dengan emosi yang tidak terkawal seolah-olah mempermainkan ketinggian kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Read more...

PM Gesa Negara-negara Asia Beri Kerjasama Tangani Cabaran Demi Masa Depan

Kuala Lumpur - Negara-negara Asia digesa bekerjasama dalam menangani tiga cabaran utama iaitu perubahan iklim, konflik dan pembangunan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

Read more...

PM - Masa Untuk Penjawat Awam Tunai Amanah Rakyat

Putrajaya - Sudah hampir sebulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berlalu dan dunia menerima keputusan rakyat memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memimpin negara, maka anggota penjawat awam mempunyai tanggungjawab besar bersama-sama menunaikan amanah rakyat itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Read more...

Tujuh Anak Peneroka FELDA Takluk Everest Selamat Pulang Ke Tanah Air

Sepang - Tujuh anak peneroka FELDA yang mengikuti projek Everest FELDA 2013 selamat pulang ke tanah air semalam selepas berjaya menakluki gunung tertinggi di dunia itu pada 21 dan 23 Mei lepas.


Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8.30 malam dari Kathmandu, Nepal disambut Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, selain keluarga serta persatuan pendaki gunung negara.

Read more...

Subcategories