Usaha SME Corp Bantu PKS Kini Nampakkan Hasil

Kuala Lumpur - Usaha SME Corp Malaysia untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapat akses kepada fasiliti pinjaman telah menampakkan hasil, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim.

 


Beliau berkata syarikat itu bekerja rapat dengan Persatuan Bank Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia, dan menerusi perkaitan ini telah berjaya membuat perkaitan dengan bank-bank komersil dan pembangunan.

"Menerusi usaha kami dengan mereka, kami telah menyelaraskan permohonan pinjaman untuk membantu mereka memohon pinjaman. Jika pinjaman mereka ditolak oleh satu bank, mereka boleh membuat permohonan kepada bank lain menggunakan borang yang sama," katanya.

Hafsah berkata menerusi hubungan berterusan dengan bank-bank itu, SME Corp telah menganjurkan sesi pembentangan, di mana agensi akan melatih PKS sebelum mereka menemui pegawai bank.

"Ia berkesan kerana pegawai bank boleh melihat syarikat daripada perspektif yang berbeza dan bukan hanya dari segi kewangan.

"Sebagai contoh, jika bank tahun syarikat itu telah diberi 'penarafan' oleh SME Corp, mereka akan lebih yakin dengan syarikat yang memohon pinjaman," kata beliau.