KUALA LUMPUR, 19 November 2019 --  selepas menewaskan Indonesia 2-0 dalam perlawanan kelima mereka dalam Kumpulan G, di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

 

Muhammad Safawi Rasid menjaringkan gol di minit ke-29 dan 72. Pasukan Pelawat mendapat sepakan penalti pada minit ke-83, namun tendangan penyerang Indonesia, Osas Saha berjaya diselamatkan dengan kemas oleh penjaga gawang pasukan Malaysia, Fariza Marlias.

Malaysia sebelum ini menewaskan Indonesia 3-2 di Jakarta pada 5 Sept, sebelum mengejutkan juara lima kali kejohanan AFF Piala Suzuki, Thailand, dengan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November lepas.

 

PEMAIN:

MALAYSIA: Khairulazhan Mohd Khalid (Mohd Farizal Marlias), Shahrul Mohd Saad, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (ketua pasukan), La'Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Muhammad Syahmi Safari, Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Mohd Afiq Fazail), Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Norshahrul Idlan Talaha), Muhammad Safawi Rasid.

INDONESIA: Muhammad Ridho Djazulie, Otavio Dutra, Ricky Fajrin Saputra, Rudolof Yanto Basna (ketua pasukan), Gavin Kwan Adsit, Teuku Muhammad Ichsan (Rizki Pora), Hendro Siswanto, Septian David Maulana (Dendi Santoso), Febri Hariyadi, Bayu Pradana Andriatmoko, Gregory Junior Nwokolo (Osas Marvellous Ikpefua).

Pengadil: Alireza Faghani (Iran)