Memartabatkan Khazanah Lagu Sewang Semai Dan Temiar

 

Memartabatkan dan menyimpan khazanah lagu-lagu tradisional masyarakat Orang Asli, lagu-lagu Sewang Suku Semai dan Temiar telah lama dilakukan oleh Stesen Radio ini, ASYIKfm satu-satunya stesen radio yang telah banyak merakam, menyimpan koleksi lagu-lagu ini, bukan sahaja mahu di kongsi bersama masyarakat lain sebagai sumber rujukan utama, malah ianya dijadikan antara khazanah Negara yang cukup berharga.

 

Lagu Sewang Temiar & Sewang Semai masih diminati hingga kini, selain mengekalkan resam budaya khazanah muzik ini, di ASYIKfm Segmen lagu-lagu sewang ini juga keudara setiap minggu, bersiaran seperti berikut;

 

“BALEI JENULAK” iaitu segmen untuk Sewang Suku Kaum Semai ke udara setiap Sabtu Jam 1.15 Petang hingga 2 petang.

“PANTAR SUNTIQ RELAWET” pula ke udara pada setiap Ahad Jam 1.15 petang hingga 2 petang