Koleksi Antarabangsa

Muzik melepasi sempadan tanpa mengira Negara, bahasa dan bangsa, anda boleh dengar pelbagai koleksi lagu dari pelbagai negara dan juga bahasa di seluruh dunia dengan menikmati 1 jam dalam segmen Koleksi Antarabangsa.

Ke udara setiap Sabtu jam 2 petang hingga 3 petang.

Rakan Asyik

Segmen yang cukup popular bagi kalangan belia-belia Orang Asli, segmen rakan asyik menyatukan semua suku kaum masyarakat Orang Asli di seluruh negara, ada juga yang bertemu jodoh dari Segmen ini, dikendalikan oleh DJ Busu, boleh juga like di Facebook Page RAKAN ASYIK.

Dengarkan pada setiap Ahad dari 11.15pagi hingga 1.00Tengahari.

Lewtow Menaleh

Ruangan khas untuk belia/remaja bertukar pendapat dan pandangan dan bersama dengan tetamu dari golongan belia dan remaja dalam segmen Lewtow Menaleh.

Ke udara setiap Sabtu jam 11 hingga 1 Tengahari.

Nar Kateh Nanek [NKN]

Segmen lagu-lagu ‘Back to Back’ dari artis yang sama, dengarkan dua lagu dari artis pilihan DJ anda, jom kita layan lagu-lagu ‘Back to Back’  ke udara setiap Ahad dari 6.00 petang hingga 8 malam.