PIAGAM PELANGGAN

 

  • Kami akan sentiasa memberikan khidmat bakti kepada pendengar dengan memberikan maklumat yang terkini berunsur pendidikan dan pengetahuan melalui rancangan yang disiarkan.

 

  • Kami akan sentiasa menghormati pendengar, peka terhadap keperluan mereka dan terus memainkan peranan sebagai penghibur dengan menyediakan rancangan-rancangan yang bersesuaian dengan kehendak pendengar.

 

  • Kami akan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi membantu mendapatkan maklumat dan bahan-bahan siaran.

 

  • Kami akan menyediakan pelbagai jenis rancangan yang bersesuaian selaras dengaan jadual siaran yang ditetapkan.

MISI

 

  • Menjadikan badan penghubung dua hala antara kerajaan dan rakyat.

 

  • Mendukung wawasan Negara

 

  • Menyiarkan dan mempertahankan nilai-nilai warisan budaya bangsa.

 

  • Menentukan perkhidmatan yang bermutu dan berdaya maju.

 

  • Menjalinkan hubungan kerjasama melalui perkongsian maklumat dengan

     agensi kerajaan dan swasta

 

  • Menghasilkan kumpulan pengurusan yang cekap, amanah dan berkesan.

VISI

Untuk menjadikan ASYIKfm sebagai badan penyiaran yang unggul bagi penyatuan 18 suku kaum masyarakat Orang Asli di Semenanjung.

OBJEKTIF

Untuk memberi perkhidmatan penyiaran dan penyebaran maklumat melalui peranan media elektronik (radio) kearah membina insan melibatkan perubahan sikap, peribadi, pemikiran dan nilai-nilai murni bagi memaju dan menjayakan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli khususnya terhadap konsep integrasi nasional selaras dengan cita-cita negara.

More Articles...

  1. SEJARAH ASYIKfm