Harga Runcit Produk Petroleum Turun Untuk Minggu 8hb - 14hb Jun 2017

KUALA LUMPUR - Kabinet yang telah memutuskan penetapan harga bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati trend harga runcit yang lebih stabil.

Berikut adalah harga mingguan bahan petroleum yang turun sedikit lagi bagi tarikh 8 hingga 14 Jun 2017 yang ditetapkan pada kadar berikut:-

                        1.  RON 97 - RM 2.31 

                        2.  RON 95 - RM 2.05

                        3. DIESEL  - RM 1.94

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)

MYFREEVIEW DILANCAR – SIARAN DIGITAL PERCUMA GABUNG 15 SALURAN

KUALA LUMPUR - Sejarah dunia penyiaran tercipta hari ini. Migrasi siaran analog ke digital melangkah setapak lagi, melalui pelancaran siaran digital percuma "myFreeview", oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dibangunkan dibawah projek Televisyen Terestrial Digital, (DTT), ia menyaksikan 15 saluran TV dan radio bakal disiarkan dalam jaluran spektrum yang sama.

Imisiatif Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia itu, sejajar penutupan siaran analog pada Jun tahun depan.

Keseluruhannya, sebanyak 4.2 juta dekoder percuma bakal diberikan kepada semua Isi rumah dibawah Bantuan Rakyat Satu Malaysia, (BR1M).

 

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)

Kerajaan Amat Menitikberatkan Kebajikan Warga Felda – Datuk Seri Najib

KUALA LUMPUR - Kerajaan amat menitikberatkan kebajikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selaras dengan peranan pentingnya dalam memacu kemajuan sosioekonomi negara, kata Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebahagian besar kejayaan negara sebagai pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia dan pengeluar getah asli kelima terbesar di dunia adalah hasil titik peluh warga Felda.

"Selagi saya memegang jawatan Perdana Menteri, Insya-Allah, saya akan memastikan kemajuan Felda ditingkatkan dan kebajikan warganya terjamin," katanya menerusi catatan di blog www.najibrazak.com.

Beliau berkata menerusi model perniagaan Felda, ia telah meningkatkan taraf hidup warganya dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini.

Datuk Seri Najib  berkata sebanyak 8,470 unit rumah generasi kedua sedang dibina dalam Fasa 1 dan 4,990 buah rumah dijangka siap pada tahun ini.

Dalam bidang pendidikan pula, Najib berkata anak-anak Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara berhak menerima insentif kewangan seperti skim insentif anak peneroka dan dana khas pelajar cemerlang ke luar negara.

((BERNAMA))

Kerajaan Tetap Adil Pada Semua Bangsa Dan Agama - TPM

ALOR SETAR  - Kerajaan memberi jaminan semua bangsa dan agama di Malaysia tetap diberikan keadilan walaupun Islam menjadi tunjang utama dan agama Persekutuan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata keadilan dan keutamaan itu juga tetap diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan agar mereka tidak berasa disisihkan dalam negara yang semakin maju kini.

"Walaupun Malaysia sebuah negara majmuk dan kita jangkakan pada 2050 bilangan umat Islam akan terus bertambah kepada 80 peratus, kerajaan yang ada tetap adil kepada semua.

(Sumber - Bernama)

Subcategories