Ceria bersama Riuh Asyik!

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama dengan kami di ASYIKfm pada setiap pagi Isnin hingga Jumaat seawal jam 8 pagi dalam segmen Riuh Asyik, Pastinya Moi Num Moi daripada AA dan juga barisan penyampai Riuh Asyik, yang pastinya meriuhkan pagi anda antaranya Asmi, Me'en, Noriman dan DJ Zue, Kathy, Lynda dan Fatimah dalam "Ladys Day' dan ramai lagi...jom join Group Riuh Asyik dan jangan lupa like 'Page Facebook' ASYIKfm kami.

Malaysia destinasi pelabur AS

NEW YORK 26 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menawarkan Malaysia, yang berkeupayaan mempertahankan kadar pertumbuhan ekonomi selain dasar jangka panjang yang jelas untuk terus menjadi destinasi pelaburan syarikat multinasional Amerika Syarikat (AS).

Bercakap kepada ahli perniagaan, pelabur dan pemimpin kanan industri AS dalam siri promosi pelaburan di Malaysia dalam rangka lawatan kerja untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), beliau memberi jaminan Malaysia akan terus mengekalkan dasar-dasar yang mendukung pertumbuhan ekonomi.

Sebaik tiba dari San Francisco, hari ini Najib menghadiri Simposium Pelaburan Global 2013 sebelum bertemu pengurus dana dan kemudian diikuti dengan pelabur AS.

Esok, Perdana Menteri akan meneruskan jadual padatnya menghadiri majlis makan tengah hari Majlis Perniagaan AS-ASEAN dengan Dewan Perdagangan AS.

Semasa berucap dalam Simposium Pelaburan Global di Harvard Club, Najib berkata, Malaysia yang kini berada di landasan yang betul untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, merupakan destinasi perniagaan yang bakal memberikan pulangan menguntungkan kepada pelabur.

Menurutnya, usaha Malaysia mewujudkan suasana mesra pelabur diakui Bank Dunia yang meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-12 dalam laporan Mudah Menjalankan Perniagaan 2013.

Najib berkata, Pusat Persaingan Dunia pula meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-15 dalam Papan Markah Persaingan Dunia 2013 sementara pada 2012, Malaysia berada di tangga keempat daripada 59 negara dari segi perniagaan yang efisien.

Perdana Menteri menambah pelabur dalam pasaran Malaysia turut memperoleh manfaat daripada dasar-dasar perlindungan pelabur yang kukuh, yang disahkan berdasarkan kedudukan Malaysia di tangga keempat dalam Indeks Perlindungan Pelabur.

“Berdasarkan faktor ini, saya menggalakkan anda datang ke Malaysia dan menjadikan Greater KL sebagai hab serantau untuk perniagaan, inovasi dan bakat," katanya sambil menambah kerajaan juga telah mengambil langkah besar untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di kawasan tersebut.

Greater KL yang menjadi fokus promosi dalam simposium itu, kata Najib, disokong oleh kos yang rendah dan berkeupayaan selain mempunyai infrastruktur bertaraf dunia yang menawarkan nilai lebih tinggi.

“Saya harap mendapat maklum balas daripada komuniti antarabangsa. Saya ucapkan selamat datang ke Malaysia," jelasnya.

Dalam sesi soal jawab kemudiannya, Najib menjelaskan, Malaysia juga sedang melangkah untuk membangunkan perusahaan inovasi berasaskan sains dan teknologi termasuk dengan menyediakan bakat-bakat baharu menerusi rombakan sistem pendidikan.

Menjawab soalan lain, katanya kerajaan juga membuat perubahan fundamental bagi menyediakan rakyat untuk menghadapi pelbagai perubahan dan suasana yang wujud hari ini untuk mengelakkan negara terperangkap dalam suasana ‘‘negara berpendapatan pertengahan’’ yang berlaku di kebanyakan negara didunia.

Pada 2012, AS yang merupakan rakan yang penting bagi Malaysia mencatat nilai dagangan AS40 bilion dengan hubungan dagangan dua hala memihak kepada Malaysia.

Amerika Syarikat juga ialah rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2011, kedua terbesar antara 10 negara ASEAN. - UTUSAN

 

Usaha SME Corp Bantu PKS Kini Nampakkan Hasil

Kuala Lumpur - Usaha SME Corp Malaysia untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapat akses kepada fasiliti pinjaman telah menampakkan hasil, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim.

Read more...

MP Tidak Boleh Sertai Sidang Dewan Rakyat Jika Tidak Angkat Sumpah - Speaker

Kuala Lumpur - Kesemua 222 anggota parlimen mesti mengangkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini.

Read more...

Subcategories